Sekolah
Kebangsaan Pengiran Jaya Pimping pada mulanya diberi nama SRK Kg. Pimping.
Sekolah ini telah didirikan di tengah-tengah Kampung Pimping di atas tanah yang
rata seluas 2.94 ekar. Ia mula didirikan pada tahun 1946. Boleh dikatakan
sekolah ini didirikan dengan serba sederhana sahaja, kerana atapnya diperbuat
daripada daun rumbia, tiang nibong dan dindingnya daripada pelapah rumbia,
tidak berlantai hanya bermeja panjang. Didirikan hanya setakat dua buah bilik
darjah menampung seramai 33 orang murid dengan dua orang guru.
Guru yang pertama
sekali di sekolah ini ialah En. Abd. Wahid Osman dan En. Parman Hassan dan gaji
mereka dibayar oleh Colony of North Borneo. Pengasas sekolah ini ialah seorang
tokoh yang berpengaruh dan namanya memang terkenal di Kg. Pimping di ketika
itu. Beliau ialah Tuan Haji Pengiran Jaya bin Pengiran Besar dan O.T Awang Piut
bin Pengiran Sulaiman.
Semasa hendak
mendirikan sekolah di kampung ini, tempat mendirikan atau tapaknya belum ada,
dengan budi bicara yang ikhlas sekali lagi pengasas sekolah tersebut Tuan Hj.
Pengiran Jaya bin Pg. Besar menghadiahkan sebidang tanah seluas 2.94 ekar N.T
5176 II. Tanah yang dihadiahkan oleh beliau ini telah dijadikan sebagai tapak
bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian jasa-jasa yang
beliau taburkan tidak sepatutnya dilupakan walaupun sampai bila-bila masa
sekalipun. Memandangkan kepada jasa-jasa yang dicurahkan oleh beliau itu, maka
Sekolah Rendah Kerajaan Kg. Pimping, Membakut pada dulunya telah diubah dan
diberi nama SK. Pengiran Jaya Pimping Membakut pada 16 Januari 1982.
Pada masa itu,
rumah untuk kediaman guru-guru belum ada, dan semua guru yang mengajar di
sekolah ini, terpaksa menyewa rumah orang kampung. Pada tahun 1947 murid
sekolah ini meningkat kepada 53 orang dan seterusnya pada tahun 1948 murid
meningkat lagi sejumlah 110, sedangkan guru pada masa itu hanya dua orang saja
belum bertambah lagi. Kerja-kerja menambah bangunan sekolah telah diusahakan
dengan giatnya melalui gotong royong, dengan usaha yang gigih dari pengasas
sekolah ini, maka guru yang mengajar pun ditambah kepada empat ornag dan bilik
darjah meningkat kepada empat buah sehinggalah tahun 1951.
Pada tahun 1952
kerajaan pada masa itu telah mendirikan sebuah bilik darjah dan sebuah rumah
guru jesteru pada tahun 1953 kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan
dua buah rumah guru. Pada tahun berikutnya kerajaan menambah lagi dua buah
bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada awal tahun 1955 bilik darjah yang
dibangunkan oleh kerajaan menjadi lima buah dan rumah guru menjadi lima buah.
Pada tahun 1958 sebuah bilik darjah ditambah lalu meningkat kepada enam buah
dengan pertambahan murid yang makin meningkat. Pada tahun itu murid sekolah ini
meningkat kepada 172 orang dan guru meningkat kepada lima orang.
Dari tahun 1958
hinggalah ke tahun 1977 tidak ada pembangunan atau projek yang dilaksanakan di
sekolah ini, tetapi jumlah murid makin meningkat dari tahun ke setahun. Dalam
tahun 1977 rekod pertambahan murid mencapai ke 349 orang dengan guru yang
mengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1978 sebuah sekolah yang sangat kukuh
(konkret) telah dibangunkan dengan kelengkapannya sekali yang mengandungi 8
buah bilik darjah selain daripada pejabat guru besar, pejabat dan stor , tandas
guru-guru dan ktbm serta api dan air juga dibekalkan.
Pada ketika itu
jumlah murid meningkat kepada 373 orang, dan terpaksa lagi menggunakan kelas
dua sidang, kerana bilangan murid semakin meningkat. Pada tahun 1983 sebuah
lagi bangunan sekolah yang serba lengkap dan moden telah didirikan untuk
menggantikan bangunan yang lama setinggi 2 tingkat mengandungi 9 buah bilik
termasuk bilik pusat sumber, bilik klinik pergigian, bilik sains dan bilik RTP,
di samping beberapa buah stor juga dibuat. Kedua-dua bangunan yang konkrit ini
telah dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan sekarang masalah kekurangan bilik
darjah tidak timbul lagi.
Pengiran Jaya
SENARAI
NAMA GURU BESAR SK. PG.JAYA PIMPING.
1- ABD. WAHID BIN OSMAN -1946 – 1950
2- HJ. PERMAN HASSAN RAJI -1951 – 1953
3- AJAMAIN BIN ABD. GAFFAR -1954 – 1957
4- HJ. MOHD JUNI BIN PUDIN -1957 – 1962
5- HJ. ABD. GHANI BIN HJ. AHMAD -1962 – 1963
6- EN. LOSSONG LUNGKIB -1963 – 1964
7- HJ. BURUDE BIN AMAT -1965 – 1966
8- EN. NAWI BIN BUDIN -1967 – 1970
9- HJ. BURUDE BIN AMAT -1971 – 1976
10- AWANG ANAK HJ. MOHAMMAD -1977 – 1981
11- AWANG DAMIT BIN HJ. YASSIN KAMBAR -1981
12- EN. ISMAIL DAUD -1981
– 1982
13- PG. ISMAIL BIN PG. AHMAD -1982 – 1985
14- EN. ISMAIL BIN YUSSOF -1986 – 1987
15- EN. AHMAD BIN HJ. ABD. WAHID -1988
16- EN. WAHAB MANDITAR -1988 – 1995
17- EN. ARSHAD BIN MUSLIM -1995 - 2010
guru-guru Sk pengiran jaya
guru-guru dan kakitangan Sk pengiran jaya
bilik guru
No comments:
Post a Comment