Saturday, 20 December 2014

PMBS

Aktiviti Kemasyarakatan dan Program Sosial, Ekonomi, Pendidikan khusus kepada masyarakat brunei Sabah dan masyarakat dari pelbagai kaum di Sabah


                                                                      Logo PMBS


Aktiviti PMBS

PENYUNAT KAMPUNG

Penyunat terkenal kampung pimping dengan cara tradisional
Pg Pindi Pg Duraman

PENYAIR

Penyair terkenal ialah beliau Dg Basar@Fatimah Ag. Ahmad
Dg Basar@Fatimah Ag. Ahmad
Antara syair
MENGAPA KG. PIMPING DIBERI NAMA

BISMILAH INI MULA NYA DI KATA
HALHAMDULILLAH MENGIKUTLAH SYARAT
BERKAT SYAFAAT PENGHULU KITA
KERTAS DAN DAKWAT BUAT CERITA

KISANYA DIBUAT MULANYA PERTAMA
INGATAN KG. DIRUMAH LAMA
SESEORANG AMPUNYA NAMA
TAHUN 12 ITULAH LAMA

JADI KETUA  ORANG KAYA TERSHAT
DARI BERUNEI BUKANNYA SESAT
BELIAU TERPILIH MENDAPATNYA PANGKAT
KUASA KAMPUNG JAUH DAN DAKAT

KETUA DAHULU BUKANNYA SOMBONG
RUMAHNYA DI AIR BERSAMBUNG-SAMBUING
SAMA BUATAN BALAHNYA BUBUNG
RATA BARISNYA TIANGNYA NIBUNG

RUMAH DAHULU RATA BERJUNTUN
SEHINGGAH SAMPAI PANGKALAN KABUN
DAHULU RAJIN RAMAI BERDUDUN
BERCAMPUR DENGAN ORANGNYA DUSUN

DIRUMAH LAMA ADANYA MASJID
ORANGNYA BANYAK BUKAN SEDIKIT
DIMASA ITU MUSIM PENYAKIT
ORANG KAYA TERSHAD PUN JATUH SAKIT.



KETUA KAMPUNG


SAKIT BELIAU BERTAMBAH BERAT
MAKIN SEHARI MAKINNYA KUAT
HENDAK PUN MAKAN TIADA LARAT
ALAMAT NYAWA PULANG AKHIRAT

SAKIT BELIAU SUDAHLAH PASTI
AKHIRNYA SAMPAI MEMBAWA MATI
SEKALIAN ORANG BERSUSUAH HATI
PENGIRAN DAMIT PULA MENGANTI

DIGANTI OLEH PENGIRAN DAMIT
DAHULU BELUM ADA RUMAHNYA SAKIT
ITULAH MASA MUSIM PENYAKIT
BANYAK LAH MENINGGAL BESAR DAN DAMIT

APABILA TUAN ARBING MENDENGAR SUDAH
KAMPUNG HULU MAHU DIPINDAH
HILIRNYA KELAUT MELIHATNYA TANAH
TIADA PEDULI TINGGI DAN RENDAH

MENJADI PENGATUR TUAN NYA ARBING
DIBUKAKAN REZAB DARAT DAN TAMBING
HUTANNYA SAMAK BARSERAI PIMPING
DIBERINYA NAMA KAMPUNG PIMPIN G

TUANLAH ARBING MULA PERTAMA
KAMPUNG PIMPING DIBERI NAMA
DITANAH INI KAMU YANG PUNYA
KAMU BERTEMPAT SELAMA-LAMA.

Sk. Pengiran Jaya

Sekolah Kebangsaan Pengiran Jaya Pimping pada mulanya diberi nama SRK Kg. Pimping. Sekolah ini telah didirikan di tengah-tengah Kampung Pimping di atas tanah yang rata seluas 2.94 ekar. Ia mula didirikan pada tahun 1946. Boleh dikatakan sekolah ini didirikan dengan serba sederhana sahaja, kerana atapnya diperbuat daripada daun rumbia, tiang nibong dan dindingnya daripada pelapah rumbia, tidak berlantai hanya bermeja panjang. Didirikan hanya setakat dua buah bilik darjah menampung seramai 33 orang murid dengan dua orang guru.
Guru yang pertama sekali di sekolah ini ialah En. Abd. Wahid Osman dan En. Parman Hassan dan gaji mereka dibayar oleh Colony of North Borneo. Pengasas sekolah ini ialah seorang tokoh yang berpengaruh dan namanya memang terkenal di Kg. Pimping di ketika itu. Beliau ialah Tuan Haji Pengiran Jaya bin Pengiran Besar dan O.T Awang Piut bin Pengiran Sulaiman.
Semasa hendak mendirikan sekolah di kampung ini, tempat mendirikan atau tapaknya belum ada, dengan budi bicara yang ikhlas sekali lagi pengasas sekolah tersebut Tuan Hj. Pengiran Jaya bin Pg. Besar menghadiahkan sebidang tanah seluas 2.94 ekar N.T 5176 II. Tanah yang dihadiahkan oleh beliau ini telah dijadikan sebagai tapak bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian jasa-jasa yang beliau taburkan tidak sepatutnya dilupakan walaupun sampai bila-bila masa sekalipun. Memandangkan kepada jasa-jasa yang dicurahkan oleh beliau itu, maka Sekolah Rendah Kerajaan Kg. Pimping, Membakut pada dulunya telah diubah dan diberi nama SK. Pengiran Jaya Pimping Membakut pada 16 Januari 1982.
Pada masa itu, rumah untuk kediaman guru-guru belum ada, dan semua guru yang mengajar di sekolah ini, terpaksa menyewa rumah orang kampung. Pada tahun 1947 murid sekolah ini meningkat kepada 53 orang dan seterusnya pada tahun 1948 murid meningkat lagi sejumlah 110, sedangkan guru pada masa itu hanya dua orang saja belum bertambah lagi. Kerja-kerja menambah bangunan sekolah telah diusahakan dengan giatnya melalui gotong royong, dengan usaha yang gigih dari pengasas sekolah ini, maka guru yang mengajar pun ditambah kepada empat ornag dan bilik darjah meningkat kepada empat buah sehinggalah tahun 1951.
Pada tahun 1952 kerajaan pada masa itu telah mendirikan sebuah bilik darjah dan sebuah rumah guru jesteru pada tahun 1953 kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada tahun berikutnya kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada awal tahun 1955 bilik darjah yang dibangunkan oleh kerajaan menjadi lima buah dan rumah guru menjadi lima buah. Pada tahun 1958 sebuah bilik darjah ditambah lalu meningkat kepada enam buah dengan pertambahan murid yang makin meningkat. Pada tahun itu murid sekolah ini meningkat kepada 172 orang dan guru meningkat kepada lima orang.
Dari tahun 1958 hinggalah ke tahun 1977 tidak ada pembangunan atau projek yang dilaksanakan di sekolah ini, tetapi jumlah murid makin meningkat dari tahun ke setahun. Dalam tahun 1977 rekod pertambahan murid mencapai ke 349 orang dengan guru yang mengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1978 sebuah sekolah yang sangat kukuh (konkret) telah dibangunkan dengan kelengkapannya sekali yang mengandungi 8 buah bilik darjah selain daripada pejabat guru besar, pejabat dan stor , tandas guru-guru dan ktbm serta api dan air juga dibekalkan.
Pada ketika itu jumlah murid meningkat kepada 373 orang, dan terpaksa lagi menggunakan kelas dua sidang, kerana bilangan murid semakin meningkat. Pada tahun 1983 sebuah lagi bangunan sekolah yang serba lengkap dan moden telah didirikan untuk menggantikan bangunan yang lama setinggi 2 tingkat mengandungi 9 buah bilik termasuk bilik pusat sumber, bilik klinik pergigian, bilik sains dan bilik RTP, di samping beberapa buah stor juga dibuat. Kedua-dua bangunan yang konkrit ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan sekarang masalah kekurangan bilik darjah tidak timbul lagi.


Pengiran Jaya
SENARAI NAMA GURU BESAR SK. PG.JAYA PIMPING.

1-            ABD. WAHID BIN OSMAN                       -1946 – 1950
2-        HJ. PERMAN HASSAN RAJI                      -1951 – 1953
3-        AJAMAIN BIN ABD. GAFFAR                   -1954 – 1957
4-        HJ. MOHD JUNI BIN PUDIN                     -1957 – 1962
5-        HJ. ABD. GHANI BIN HJ. AHMAD           -1962 – 1963
6-        EN. LOSSONG LUNGKIB                           -1963 – 1964
7-        HJ. BURUDE BIN AMAT                             -1965 – 1966
8-        EN. NAWI BIN BUDIN                                -1967 – 1970
9-        HJ. BURUDE BIN AMAT                             -1971 – 1976
10-      AWANG ANAK HJ. MOHAMMAD          -1977 – 1981
11-      AWANG DAMIT BIN HJ. YASSIN KAMBAR       -1981
12-      EN. ISMAIL DAUD                                      -1981 – 1982
13-      PG. ISMAIL BIN PG. AHMAD                   -1982 – 1985
14-      EN. ISMAIL BIN YUSSOF                           -1986 – 1987
15-      EN. AHMAD BIN HJ. ABD. WAHID         -1988
16-      EN. WAHAB MANDITAR                           -1988 – 1995
17-      EN. ARSHAD BIN MUSLIM                       -1995 - 2010
guru-guru Sk pengiran jaya
guru-guru dan kakitangan Sk pengiran jaya
bilik guru


PENCAPAIAN

Kampung Pimping cemerlang dengan pelbagai aspek terutama dalam aspek tradisional melayu brunei antara pencapaiannya ialah

-Skuad pengakap
-Kelab kompang
-Kumpulan nasyid
-Persatuan Melayu Brunei Sabah

KEAGAMAAN

Penduduknya adalah 90% suku kaum Brunei beragama Islam.

MASJID AS SAADAH 
khatib : SS Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar
Lokasi : Masjid as-Saadah Kg Pimping Membakut
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali Imran : 103)
Apabila kita diajar agar berpegang teguh dengan tali Allah ialah dengan makna mengikut seluruh ajaran Islam dengan merujuk al-Quran al-Karim, Sunnah Rasulullah SAW dengan suluhan dan bimbingan para ulamak yang ikhlas.
Sesuatu yang menjadi ujian pada hari ini ialah apabila umat Islam merujuk semata-semata melalui internet, baik yang namanya blog, web, google, yahoo, facebook dan sebagainya dan tidak membuat rujukan kepada para alim ulamak yang lebih memahami nas dan dalil menggunakan kaedah sahih.
Dunia terbuka pada hari ini juga, manusia yang mempunyai niat yang salah telah menyalurkan ajaran sesat dan bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah melalui internet, maka manusia awam telah melayarinya secara bebas. Apatah lagi ada kalangan manusia yang ingin berubah dan bertaubat tetapi sekali lagi tersalah lorong dengan memasuki ajaran sesat dan salah.
Manusia telah menafsir ayat al-Quran sesuka hatinya, membuat andaian bebas terhadap hadith-hadith Nabi SAW sehingga menyeleweng daripada ajaran Islam.


Masjid As saadah
tokoh ulama
SENARAI NAMA KETUA IMAM KARIAH KG. PIMPING.

1.        IMAM PG. MOHAMMAD BIN BINTING                                    -1930-1937
2.        IMAM ABD. RAZAK BIN MONGGO                                -1938-1939
3.        IMAM HJ. SAID BIN LAKIM                                              -1940
4.        IMAM HJ. ABDULLAH BIN AMAT                                   -1950
5.        IMAM HJ. MOKSIN BIN HJ. SAID                                               -1960
6.        IMAM HJ. TABA BIN HUSSIN                                           -1970
7.        IMAM HJ.DAUD ZAINUDDIN                                          -11.11.1991
8.        IMAM IBRAHIM BIN HJ. ABD.LATIP                              -2008-


SENARAI NAMA PENGERUSI MASJID ASSADAH

1.        TN. HJ. YUSUF BIN HJ. MOKSIN                                     -1976
2.        DATUK HJ. AWANG DAMIT BIN OSMAN                     -1977
3.        TN. HJ.OMAR BIN HJ. MUHAMMAD                            -1977
4.        TN.HJ. HARUN BIN PATA                                                  -1977-1978
5.        PENGIRAN AG. OSMAN BIN PG. GAMOK                    -1978
6.        TN. HJ. IBRAHIM BIN NYIRU                                            -1978-1979
7.        TN. HJ. IBRAHIM BIN NYIRU                                            -1989-1996
8.        TN. HJ. ALIOMARBIN MOHD IDRIS                               -2000-2001
9.        TN. HJ. ABD. SANI BIN MARIP@MARIF                                   -2001-2004

 TOKOH ULAMAK;
TUAN HAJI. WAN AHMAD WAN ABDUL RAHMAN,
BERASAL DARIPADA SUNGAI PETANI, KEDAH. BELIAU ADALAH SEORANG PENYEBAR AGAMAISLAM YANG TERAWAL DI KG.PIMPING MEMBAKUT. PERNAH MENUNTUT ILMU DI KOTA MAKKAH AL-MUKARRAMAH. SEPANJANG HAYATNYA BELIAU TELAH BANYAK BERUSAHA UNTUK MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI SELURUH NEGARA. BELIAU MENGEMBARA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM BERMULA DARI NEGARA BRUNEI DARUSALAM HINGGALAH SAMPAI KE DAERAH MEMB
BELIAU BERKAHWIN DENGAN DG. BONGSU BINTI PG. BESAR DAN DIKURNIAKAN EMPAT ORANG PUTERA SERTA EMPAT OARANG PUTERI, SEORANG ANAKNYA MENGIKUTI JEJAK BELIAU SEBAGAI PENDAKWAH. BELIAU IALAH TN. HJ. MAHMUD YANG PERNAH MENJADI IMAM DAERAH BEAUFORT, TN. HJ.MAHMUD JUGA PERNAH TERPILIH MENERIMA ANUGERAH PENDAKWAH CEMERLANG SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL  S.A.W.

BEBERAPA ORANG CUCU DAN CICIT BELIAU TURUT MENGIKUTI JEJAK PENDOKONG ORGANISASI AGAMA SEPERTI EN. MAARUF HJ. ABD. WAHID, KETUA PENOLONG PENGARAH JHEAINS, ADA PULA YANG TELAH HAFAZ AL-QURAN, MELANJUTKAN PELAJARAN DIBIDANG AGAMA ISLAM DIPERINGKAT UNIVERSITI. TN. GURU HJ. WAN AHMAD MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1940 DI TANAH SUCI MEKKAH AL-MUKARRAMAH.AKUT. BELIAU MERUPAKAN SEORANG GURU AGAMA YANG TERKENAL DI KG. PIMPING. TOKOH INI TELAH MENGAJAR TENTANG HUKUM-HUKUM AGAMA, HUKUM-HUKUM TAJWID, MEMBACA AL-QURAN DAN SEBAGAINYA.

KETUA KAMPUNG PIMPING


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat, ketua kampung dipangil tok sidang (Perak), tuk empat dan tok dagang (Negeri Sembilan) dan penggawa (Kelantan).
Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu. Contohnya di Semenyih, terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.
Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .[1]Antara ketua kampung Pimping ialah
1.  OKK. TARSHAD
2.  PENGIRAN DAMIT
3.  PENGIRAN SULAIMAN
4.  PG. BESAR BIN PG. TAJUDDIN
5.  PENGIRAN JAYA BIN PG. BESAR
6.  PENGIRAN PIUT BIN PG. BINTING
7.  PENGIRAN SALAM BIN PG. JAYA
8.  PENGIRAN ALI / ORANG TUA ALI BIN ALIP
9.  ORANG TUA YAAKUB BIN MOMIN
10. ORANG TUA AMIN
11. TN. HJ. MATUSIN MAT JAI
12. TN. HJ. ABDULLAH KAFI
13. TN.HJ. JAILANI AG. BESAR
14. TN. HJ. ISMAIL MAUN
15. TN. HJ.MATUSIN MAT JAI
                    Pengiran jaya bin Pengiran Basar
                        Hj.Jalaini Ag Basar
                            Mohd Yakoob
                      Mohd Yakoob menerima pingat
Tuan Haji Matusin Mat Jaei

SUKU KAUM BRUNEI



Bruneian Malays[note 1] (MalayOrang Melayu BruneiJawiاورڠ ملايو بروني‎) are a native ethnic group that live in BruneiSabah, and Sarawak.[2][3] The Bruneian Malays are different from the larger Malay population in the Peninsular Malaysia especially in language and culture, even though they are ethnically related and follow the teachings of Islam.[4] All Bruneian Malays who are born in Malaysia since before the formation of Malaysia were in the same status like the Malays and recognised as a Bumiputerastogether with Kadazan-DusunsIbansMalaccan Portuguese and the Malaysian Siamese.

Etymology[edit]

As per an official statistics, the "Bruneian Malays" term only became official after the 1921 Brunei Ethnic Categories Census, which is different from the 1906 and 1911 census which only mentioned "Barunays" (Brunei's or Bruneian). It is possibly indicated a shift on the self-perception by the Bruneians about their Malay identity.[5]

History[edit]

Origin[edit]

It is widely believed that the Brunei Kingdom was founded in 14th century by the first Sultan, Alak Batatar.[5] However, from the Chinese records, an older Brunei was in existence as far back as 800 years before the founding of Brunei by Sultan Muhammad Shah, the first Sultan of Brunei.[6] Even though some sources stated that the Malays of Brunei came from Yunnan and the Formosa Island (now Taiwan) through to the Philippines and settled on the coastal Borneo before expanding into Sumatra and the other Malay Peninsula as a result of their trading and seafaring way of life, researchers still unable to traced the origin of the old Brunei.[6]

Cultures[edit]

Cuisine[edit]

Main articles: Bruneian cuisine and Malaysian cuisine
As the official Brunei national dish, the Ambuyat is the main dishes for the Bruneian Malays together with a numbers of variety types of snacks such as lambanpunjung and many more.[7][8]

Music[edit]

Main articles: Music of Brunei and Music of Malaysia
The main song and dance performed by this ethnic both in Brunei and Malaysia is the Adai-adai,[9][10] which traditionally sung by the Bruneian fishermens.[11][12]

Region[edit]

Islamic

KAMPUNG PIMPING



Kampung Pimping mendapat namanya daripada perkaraan ‘Pimpin’ dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud ‘lalang’- dahulunya sebelum kampung ini didiami orang, terdapat banyak lalang tumbuh dimerata rata tempat sehinggakan pokok-pokok dan tumbuhan lain tidak menjadi. Orang-orang Kadazandusun menjadikan tempat ini kawasan berburu. Apabila musim kemarau pemburu-pemburu ini membakar lalang-lalang ini untuk membolehkan lalang muda tumbauh dan masa itulah rusa dan pelanduk berkumpul meragut daun lalang muda yang segar sebagai makanannya maka ketika itulah mereka memburu.
Pada kira-kira tahun 1824 barulah kawasan ini dihuni oleh penduduk yang berpindah secara peringkat-peringkat dari sebuah perkampungan di hulu sungai pimping iaitu perkampungan ‘Rumah Lama’ tiga kilometer dari perkampungan sekarang.
Perpindahan besar-besaran berlaku apabila kampung ‘Rumah Lama’ diserang oleh wabak penyakit cacar atas arahan pentadbiran British waktu itu, penduduk kampung rumah lama diminta berpindah ke kawasan perkampungan baru iaitu di ‘Pimpin’.
Masa terus berlalu, perkataan ‘pimpin’ turut berubah. Orang-orang Brunei merasakan perkataan ‘pimpin’ itu sebenarnya ‘pimping’ secara kebetulan waktu itu, di kawasan ini banyak terdapat ‘Burung Pimping’ dari situlah maka kawasan ini dikenali sebagai ‘Pimping’.
Penduduknya adalah 90% suku kaum Brunei beragama Islam. Selebihnya adalah suku kaum Kadazandusun yang kebanyakannya bersawah padi, penoreh getah dan penternak, khususnya penternak kerbau berniaga dan bekerja samada dengan kerajaan, swasta dan badan-badan berkanun.
Dahulunya sebuah perkampungan kecil, kini ‘Pimping’ telah banyak berubah menjadi sebuah perkampungan yang serba lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat morden.
Kampung Pimping terletak 6km dari Pekan membakut. Kampung ini, adalah yang termaju di kawasan Membakut. Bilangan penduduk yang layak mengundi adalah melebihi dua ribu orang, ia adalah pengundi yang terbesar di kawasan 9 Daerah Mengundi disini
.

                       Sungai kg.pimping                                            Pantai pimping