Aktiviti PMBS
Kampung Pimping
Saturday, 20 December 2014
PMBS
PENYAIR
Penyair terkenal ialah beliau Dg Basar@Fatimah Ag. Ahmad
Dg Basar@Fatimah Ag. Ahmad
Antara syair
MENGAPA
KG. PIMPING DIBERI NAMA
BISMILAH
INI MULA NYA DI KATA
HALHAMDULILLAH
MENGIKUTLAH SYARAT
BERKAT
SYAFAAT PENGHULU KITA
KERTAS
DAN DAKWAT BUAT CERITA
KISANYA
DIBUAT MULANYA PERTAMA
INGATAN
KG. DIRUMAH LAMA
SESEORANG
AMPUNYA NAMA
TAHUN
12 ITULAH LAMA
JADI
KETUA ORANG KAYA TERSHAT
DARI
BERUNEI BUKANNYA SESAT
BELIAU
TERPILIH MENDAPATNYA PANGKAT
KUASA
KAMPUNG JAUH DAN DAKAT
KETUA
DAHULU BUKANNYA SOMBONG
RUMAHNYA
DI AIR BERSAMBUNG-SAMBUING
SAMA
BUATAN BALAHNYA BUBUNG
RATA
BARISNYA TIANGNYA NIBUNG
RUMAH
DAHULU RATA BERJUNTUN
SEHINGGAH
SAMPAI PANGKALAN KABUN
DAHULU
RAJIN RAMAI BERDUDUN
BERCAMPUR
DENGAN ORANGNYA DUSUN
DIRUMAH
LAMA ADANYA MASJID
ORANGNYA
BANYAK BUKAN SEDIKIT
DIMASA
ITU MUSIM PENYAKIT
ORANG
KAYA TERSHAD PUN JATUH SAKIT.
KETUA
KAMPUNG
SAKIT
BELIAU BERTAMBAH BERAT
MAKIN
SEHARI MAKINNYA KUAT
HENDAK
PUN MAKAN TIADA LARAT
ALAMAT
NYAWA PULANG AKHIRAT
SAKIT
BELIAU SUDAHLAH PASTI
AKHIRNYA
SAMPAI MEMBAWA MATI
SEKALIAN
ORANG BERSUSUAH HATI
PENGIRAN
DAMIT PULA MENGANTI
DIGANTI
OLEH PENGIRAN DAMIT
DAHULU
BELUM ADA RUMAHNYA SAKIT
ITULAH
MASA MUSIM PENYAKIT
BANYAK
LAH MENINGGAL BESAR DAN DAMIT
APABILA
TUAN ARBING MENDENGAR SUDAH
KAMPUNG
HULU MAHU DIPINDAH
HILIRNYA
KELAUT MELIHATNYA TANAH
TIADA
PEDULI TINGGI DAN RENDAH
MENJADI PENGATUR TUAN NYA ARBING
DIBUKAKAN REZAB DARAT DAN TAMBING
HUTANNYA SAMAK BARSERAI PIMPING
DIBERINYA NAMA KAMPUNG PIMPIN G
TUANLAH
ARBING MULA PERTAMA
KAMPUNG
PIMPING DIBERI NAMA
DITANAH
INI KAMU YANG PUNYA
KAMU
BERTEMPAT SELAMA-LAMA.
Sk. Pengiran Jaya
Sekolah
Kebangsaan Pengiran Jaya Pimping pada mulanya diberi nama SRK Kg. Pimping.
Sekolah ini telah didirikan di tengah-tengah Kampung Pimping di atas tanah yang
rata seluas 2.94 ekar. Ia mula didirikan pada tahun 1946. Boleh dikatakan
sekolah ini didirikan dengan serba sederhana sahaja, kerana atapnya diperbuat
daripada daun rumbia, tiang nibong dan dindingnya daripada pelapah rumbia,
tidak berlantai hanya bermeja panjang. Didirikan hanya setakat dua buah bilik
darjah menampung seramai 33 orang murid dengan dua orang guru.
Guru yang pertama
sekali di sekolah ini ialah En. Abd. Wahid Osman dan En. Parman Hassan dan gaji
mereka dibayar oleh Colony of North Borneo. Pengasas sekolah ini ialah seorang
tokoh yang berpengaruh dan namanya memang terkenal di Kg. Pimping di ketika
itu. Beliau ialah Tuan Haji Pengiran Jaya bin Pengiran Besar dan O.T Awang Piut
bin Pengiran Sulaiman.
Semasa hendak
mendirikan sekolah di kampung ini, tempat mendirikan atau tapaknya belum ada,
dengan budi bicara yang ikhlas sekali lagi pengasas sekolah tersebut Tuan Hj.
Pengiran Jaya bin Pg. Besar menghadiahkan sebidang tanah seluas 2.94 ekar N.T
5176 II. Tanah yang dihadiahkan oleh beliau ini telah dijadikan sebagai tapak
bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian jasa-jasa yang
beliau taburkan tidak sepatutnya dilupakan walaupun sampai bila-bila masa
sekalipun. Memandangkan kepada jasa-jasa yang dicurahkan oleh beliau itu, maka
Sekolah Rendah Kerajaan Kg. Pimping, Membakut pada dulunya telah diubah dan
diberi nama SK. Pengiran Jaya Pimping Membakut pada 16 Januari 1982.
Pada masa itu,
rumah untuk kediaman guru-guru belum ada, dan semua guru yang mengajar di
sekolah ini, terpaksa menyewa rumah orang kampung. Pada tahun 1947 murid
sekolah ini meningkat kepada 53 orang dan seterusnya pada tahun 1948 murid
meningkat lagi sejumlah 110, sedangkan guru pada masa itu hanya dua orang saja
belum bertambah lagi. Kerja-kerja menambah bangunan sekolah telah diusahakan
dengan giatnya melalui gotong royong, dengan usaha yang gigih dari pengasas
sekolah ini, maka guru yang mengajar pun ditambah kepada empat ornag dan bilik
darjah meningkat kepada empat buah sehinggalah tahun 1951.
Pada tahun 1952
kerajaan pada masa itu telah mendirikan sebuah bilik darjah dan sebuah rumah
guru jesteru pada tahun 1953 kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan
dua buah rumah guru. Pada tahun berikutnya kerajaan menambah lagi dua buah
bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada awal tahun 1955 bilik darjah yang
dibangunkan oleh kerajaan menjadi lima buah dan rumah guru menjadi lima buah.
Pada tahun 1958 sebuah bilik darjah ditambah lalu meningkat kepada enam buah
dengan pertambahan murid yang makin meningkat. Pada tahun itu murid sekolah ini
meningkat kepada 172 orang dan guru meningkat kepada lima orang.
Dari tahun 1958
hinggalah ke tahun 1977 tidak ada pembangunan atau projek yang dilaksanakan di
sekolah ini, tetapi jumlah murid makin meningkat dari tahun ke setahun. Dalam
tahun 1977 rekod pertambahan murid mencapai ke 349 orang dengan guru yang
mengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1978 sebuah sekolah yang sangat kukuh
(konkret) telah dibangunkan dengan kelengkapannya sekali yang mengandungi 8
buah bilik darjah selain daripada pejabat guru besar, pejabat dan stor , tandas
guru-guru dan ktbm serta api dan air juga dibekalkan.
Pada ketika itu
jumlah murid meningkat kepada 373 orang, dan terpaksa lagi menggunakan kelas
dua sidang, kerana bilangan murid semakin meningkat. Pada tahun 1983 sebuah
lagi bangunan sekolah yang serba lengkap dan moden telah didirikan untuk
menggantikan bangunan yang lama setinggi 2 tingkat mengandungi 9 buah bilik
termasuk bilik pusat sumber, bilik klinik pergigian, bilik sains dan bilik RTP,
di samping beberapa buah stor juga dibuat. Kedua-dua bangunan yang konkrit ini
telah dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan sekarang masalah kekurangan bilik
darjah tidak timbul lagi.
Pengiran Jaya
SENARAI
NAMA GURU BESAR SK. PG.JAYA PIMPING.
1- ABD. WAHID BIN OSMAN -1946 – 1950
2- HJ. PERMAN HASSAN RAJI -1951 – 1953
3- AJAMAIN BIN ABD. GAFFAR -1954 – 1957
4- HJ. MOHD JUNI BIN PUDIN -1957 – 1962
5- HJ. ABD. GHANI BIN HJ. AHMAD -1962 – 1963
6- EN. LOSSONG LUNGKIB -1963 – 1964
7- HJ. BURUDE BIN AMAT -1965 – 1966
8- EN. NAWI BIN BUDIN -1967 – 1970
9- HJ. BURUDE BIN AMAT -1971 – 1976
10- AWANG ANAK HJ. MOHAMMAD -1977 – 1981
11- AWANG DAMIT BIN HJ. YASSIN KAMBAR -1981
12- EN. ISMAIL DAUD -1981
– 1982
13- PG. ISMAIL BIN PG. AHMAD -1982 – 1985
14- EN. ISMAIL BIN YUSSOF -1986 – 1987
15- EN. AHMAD BIN HJ. ABD. WAHID -1988
16- EN. WAHAB MANDITAR -1988 – 1995
17- EN. ARSHAD BIN MUSLIM -1995 - 2010
guru-guru Sk pengiran jaya
guru-guru dan kakitangan Sk pengiran jaya
bilik guru
PENCAPAIAN
Kampung Pimping cemerlang dengan pelbagai aspek terutama dalam aspek tradisional melayu brunei antara pencapaiannya ialah
-Skuad pengakap
-Kelab kompang
-Kumpulan nasyid
-Persatuan Melayu Brunei Sabah
-Skuad pengakap
-Kelab kompang
-Kumpulan nasyid
-Persatuan Melayu Brunei Sabah
KEAGAMAAN
Penduduknya adalah 90% suku kaum Brunei beragama Islam.
MASJID AS SAADAH
khatib : SS Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar
Lokasi : Masjid as-Saadah Kg Pimping Membakut
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali Imran : 103)
Apabila kita diajar agar berpegang teguh dengan tali Allah ialah dengan makna mengikut seluruh ajaran Islam dengan merujuk al-Quran al-Karim, Sunnah Rasulullah SAW dengan suluhan dan bimbingan para ulamak yang ikhlas.
Sesuatu yang menjadi ujian pada hari ini ialah apabila umat Islam merujuk semata-semata melalui internet, baik yang namanya blog, web, google, yahoo, facebook dan sebagainya dan tidak membuat rujukan kepada para alim ulamak yang lebih memahami nas dan dalil menggunakan kaedah sahih.
Dunia terbuka pada hari ini juga, manusia yang mempunyai niat yang salah telah menyalurkan ajaran sesat dan bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah melalui internet, maka manusia awam telah melayarinya secara bebas. Apatah lagi ada kalangan manusia yang ingin berubah dan bertaubat tetapi sekali lagi tersalah lorong dengan memasuki ajaran sesat dan salah.
Manusia telah menafsir ayat al-Quran sesuka hatinya, membuat andaian bebas terhadap hadith-hadith Nabi SAW sehingga menyeleweng daripada ajaran Islam.
Masjid As saadah
tokoh ulama
SENARAI NAMA
KETUA IMAM KARIAH KG. PIMPING.
1. IMAM PG. MOHAMMAD BIN BINTING -1930-1937
2. IMAM ABD. RAZAK BIN MONGGO -1938-1939
3. IMAM HJ. SAID BIN LAKIM -1940
4. IMAM HJ. ABDULLAH BIN AMAT -1950
5. IMAM HJ. MOKSIN BIN HJ. SAID -1960
6. IMAM HJ. TABA BIN HUSSIN -1970
7. IMAM HJ.DAUD ZAINUDDIN -11.11.1991
8. IMAM IBRAHIM BIN HJ. ABD.LATIP -2008-
SENARAI NAMA
PENGERUSI MASJID ASSADAH
1. TN. HJ. YUSUF BIN HJ. MOKSIN -1976
2. DATUK HJ. AWANG DAMIT BIN OSMAN -1977
3. TN. HJ.OMAR BIN HJ. MUHAMMAD -1977
4. TN.HJ. HARUN BIN PATA -1977-1978
5. PENGIRAN AG. OSMAN BIN PG. GAMOK -1978
6. TN. HJ. IBRAHIM BIN NYIRU -1978-1979
7. TN. HJ. IBRAHIM BIN NYIRU -1989-1996
8. TN. HJ. ALIOMARBIN MOHD IDRIS -2000-2001
9. TN. HJ. ABD. SANI BIN MARIP@MARIF -2001-2004
TOKOH ULAMAK;
TUAN HAJI. WAN AHMAD WAN ABDUL RAHMAN,
BERASAL DARIPADA SUNGAI PETANI, KEDAH.
BELIAU ADALAH SEORANG PENYEBAR AGAMAISLAM YANG TERAWAL DI KG.PIMPING MEMBAKUT.
PERNAH MENUNTUT ILMU DI KOTA MAKKAH AL-MUKARRAMAH. SEPANJANG HAYATNYA BELIAU
TELAH BANYAK BERUSAHA UNTUK MENYEBARKAN AGAMA ISLAM DI SELURUH NEGARA. BELIAU
MENGEMBARA MENYEBARKAN AGAMA ISLAM BERMULA DARI NEGARA BRUNEI DARUSALAM
HINGGALAH SAMPAI KE DAERAH MEMB
BELIAU BERKAHWIN DENGAN DG. BONGSU BINTI PG. BESAR DAN DIKURNIAKAN EMPAT ORANG PUTERA SERTA EMPAT OARANG PUTERI, SEORANG ANAKNYA MENGIKUTI JEJAK BELIAU SEBAGAI PENDAKWAH. BELIAU IALAH TN. HJ. MAHMUD YANG PERNAH MENJADI IMAM DAERAH BEAUFORT, TN. HJ.MAHMUD JUGA PERNAH TERPILIH MENERIMA ANUGERAH PENDAKWAH CEMERLANG SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W.
BEBERAPA ORANG CUCU DAN CICIT BELIAU TURUT MENGIKUTI JEJAK PENDOKONG ORGANISASI AGAMA SEPERTI EN. MAARUF HJ. ABD. WAHID, KETUA PENOLONG PENGARAH JHEAINS, ADA PULA YANG TELAH HAFAZ AL-QURAN, MELANJUTKAN PELAJARAN DIBIDANG AGAMA ISLAM DIPERINGKAT UNIVERSITI. TN. GURU HJ. WAN AHMAD MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1940 DI TANAH SUCI MEKKAH AL-MUKARRAMAH.AKUT. BELIAU MERUPAKAN SEORANG GURU AGAMA YANG
TERKENAL DI KG. PIMPING. TOKOH INI TELAH MENGAJAR TENTANG HUKUM-HUKUM AGAMA,
HUKUM-HUKUM TAJWID, MEMBACA AL-QURAN DAN SEBAGAINYA.
KETUA KAMPUNG PIMPING
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat, ketua kampung dipangil tok sidang (Perak), tuk empat dan tok dagang (Negeri Sembilan) dan penggawa (Kelantan).
Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu. Contohnya di Semenyih, terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.
Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .[1]Antara ketua kampung Pimping ialah
Hj.Jalaini Ag Basar
Mohd Yakoob
Mohd Yakoob menerima pingat
1. OKK.
TARSHAD
2. PENGIRAN
DAMIT
3. PENGIRAN
SULAIMAN
4. PG.
BESAR BIN PG. TAJUDDIN
5. PENGIRAN
JAYA BIN PG. BESAR
6. PENGIRAN
PIUT BIN PG. BINTING
7. PENGIRAN
SALAM BIN PG. JAYA
8. PENGIRAN
ALI / ORANG TUA ALI BIN ALIP
9. ORANG
TUA YAAKUB BIN MOMIN
10. ORANG
TUA AMIN
11. TN.
HJ. MATUSIN MAT JAI
12. TN.
HJ. ABDULLAH KAFI
13. TN.HJ.
JAILANI AG. BESAR
14. TN.
HJ. ISMAIL MAUN
15. TN.
HJ.MATUSIN MAT JAI
Pengiran jaya bin Pengiran BasarHj.Jalaini Ag Basar
Mohd Yakoob
Mohd Yakoob menerima pingat
Tuan Haji Matusin Mat Jaei
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)


